Privacy notice / Notis privasi

Version of 14 October 2026. Versi 14 Oktober 2026.

English Bahasa Malaysia

English

This notice explains how Fulfila Sdn. Bhd. (201901029602 (1338931-M)), "FULFILA", uses the personal data you give us through this website, WhatsApp or email, under Malaysia's Personal Data Protection Act 2010. FULFILA is the data controller.

What we collect

  • What you type in our contact form: your name, brand name, orders a day, WhatsApp number, email and message.
  • The messages you send us by WhatsApp or email.
  • Basic technical data our website host records when you visit, such as your IP address.

We collect this data from you directly.

Why we use it

  • To reply to your enquiry and arrange a floor visit.
  • To prepare a proposal or quotation that you ask for.
  • To keep our website working and free of spam.

We do not sell your data, and we do not send you marketing unless you ask us to.

What you must give us

To reply, we need your name, your brand, your orders a day, and a WhatsApp number or an email. If you leave these out, we cannot reply to you. Your message is optional.

Who handles your data for us

  • Netlify hosts this website and stores form messages. Its servers are outside Malaysia, mainly in the United States.
  • Akismet, Netlify's spam filter, checks each form message for spam.
  • Google Workspace runs our email and the files where we keep enquiries.
  • WhatsApp (Meta) carries our WhatsApp chats.
  • Plausible Analytics counts visits to this website without cookies and without collecting personal data. It is hosted in the European Union.

Some of these services store data outside Malaysia. When you send our form, we ask for your consent to this transfer.

How long we keep it

We move form messages out of Netlify within 14 days. If you do not become a client, we delete your name, phone number and email 14 days after our conversation ends. We keep only the date, how you found us and whether we were a good fit, to count our enquiries.

Your rights

You can ask to see the data we hold about you, correct it, or withdraw your consent, and ask us to stop contacting you. Write to hello@fulfila.my or WhatsApp Intan at 017-322 3452. We reply within 21 days.

Cookies and tracking

This website sets no cookies and uses no advertising trackers. To see how many people visit and which pages help, we use Plausible Analytics, which counts visits without cookies and without identifying you. If this changes, we will update this notice first.

Changes

We may update this notice. The version date at the top shows when. If the English and Bahasa Malaysia versions differ, the English version applies.

Bahasa Malaysia

Notis ini menerangkan cara Fulfila Sdn. Bhd. (201901029602 (1338931-M)), "FULFILA", menggunakan data peribadi yang anda berikan kepada kami melalui laman web ini, WhatsApp atau e-mel, di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. FULFILA ialah pengawal data.

Data yang kami kumpul

  • Maklumat yang anda isi dalam borang hubungi: nama, nama jenama, bilangan pesanan sehari, nombor WhatsApp, e-mel dan mesej.
  • Mesej yang anda hantar kepada kami melalui WhatsApp atau e-mel.
  • Data teknikal asas yang direkod oleh hos laman web kami semasa anda melawat, seperti alamat IP anda.

Kami mengumpul data ini terus daripada anda.

Tujuan kami menggunakannya

  • Untuk membalas pertanyaan anda dan mengatur lawatan ke gudang anda.
  • Untuk menyediakan cadangan atau sebut harga yang anda minta.
  • Untuk memastikan laman web kami berfungsi dan bebas daripada spam.

Kami tidak menjual data anda, dan kami tidak menghantar bahan pemasaran kecuali atas permintaan anda.

Data yang wajib diberikan

Untuk membalas, kami perlukan nama, jenama, bilangan pesanan sehari, dan nombor WhatsApp atau e-mel anda. Tanpa maklumat ini, kami tidak dapat membalas pertanyaan anda. Mesej adalah pilihan.

Pihak yang mengendalikan data anda bagi pihak kami

  • Netlify menjadi hos laman web ini dan menyimpan mesej borang. Pelayannya berada di luar Malaysia, terutamanya di Amerika Syarikat.
  • Akismet, penapis spam Netlify, menyemak setiap mesej borang.
  • Google Workspace mengendalikan e-mel kami dan fail tempat kami menyimpan pertanyaan.
  • WhatsApp (Meta) mengendalikan perbualan WhatsApp kami.
  • Plausible Analytics mengira lawatan ke laman web ini tanpa kuki dan tanpa mengumpul data peribadi. Ia dihoskan di Kesatuan Eropah.

Sesetengah perkhidmatan ini menyimpan data di luar Malaysia. Apabila anda menghantar borang kami, kami meminta persetujuan anda untuk pemindahan ini.

Tempoh simpanan

Kami memindahkan mesej borang keluar dari Netlify dalam masa 14 hari. Jika anda tidak menjadi pelanggan, kami memadam nama, nombor telefon dan e-mel anda 14 hari selepas perbualan kita tamat. Kami hanya menyimpan tarikh, cara anda menemui kami dan sama ada servis kami sesuai, untuk mengira jumlah pertanyaan.

Hak anda

Anda boleh meminta untuk melihat data anda yang kami simpan, membetulkannya atau menarik balik persetujuan anda, dan meminta kami berhenti menghubungi anda. Tulis kepada hello@fulfila.my atau WhatsApp Intan di 017-322 3452. Kami akan membalas dalam masa 21 hari.

Kuki dan penjejakan

Laman web ini tidak menggunakan kuki dan tidak menggunakan penjejak pengiklanan. Untuk mengetahui jumlah pelawat dan halaman yang membantu, kami menggunakan Plausible Analytics, yang mengira lawatan tanpa kuki dan tanpa mengenal pasti anda. Jika perkara ini berubah, kami akan mengemas kini notis ini terlebih dahulu.

Perubahan

Kami mungkin mengemas kini notis ini. Tarikh versi di bahagian atas menunjukkan bila. Jika terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunakan.