Menguasai Operasi Jenama Fesyen dengan FULFILA
Masalah bisnes fesyen di Malaysia
“Beli baju raya harga RM500 tapi dah 3 minggu baju tak sampai-sampai”.
Setiap kali musim raya, kita pasti akan mendengar kritikan, kemarahan, keluhan malah penyesalan netizen dengan baju raya yang mereka pesan secara online. Harapan untuk bergaya dengan baju idaman di pagi raya hancur musnah tatkala baju yang dipesan tak kunjung tiba.
Pelbagai masalah berlaku — antaranya masalah kualiti, masalah terima saiz yang salah, masalah berminggu-minggu baju tak sampai, masalah design tak sama seperti yang diiklankan dan pelbagai lagi masalah yang dialami oleh pelanggan berkait dengan baju yang mereka beli daripada jenama fesyen ikutan mereka di media sosial.
Luahan yang tidak tertahan ini disembur di komen-komen media sosial jenama fesyen yang tidak berniat pun nak mengecewakan pelanggan-pelanggan mereka. Mereka berusaha sedaya upaya menghasilkan design yang terbaik dan konten yang menarik bagi memberi inspirasi kepada peminat-peminat mereka. Tetapi apabila tiba bab menguruskan stok dan penghantaran kepada pelanggan, keadaan menjadi huru-hara. Kenapa ini berlaku?
Dengan kreativiti dan kepakaran “marketing” ini, mereka menerima pesanan yang sangat tinggi sehinggakan ada produk yang terlepas pandang dari segi kualiti. Ribuan pesanan yang diterima setiap hari juga memerlukan sistem yang baik dan pasukan yang mantap untuk memproses pesanan tanpa kesilapan dan diselesaikan dalam masa yang singkat.
Realitinya, bisnes fesyen bukan setakat fashion design dan content creation — tugas bisnes ini juga memastikan pelanggan menerima pesanan mereka dengan cepat dan sempurna.
Banyak jenama fesyen di malaysia “struggle” dalam menguruskan inventori dan pesanan. Tetapi mereka tidak mahu “orang luar” yang dipanggil syarikat 3PL atau syarikat “Fulfillment” yang menguruskan operasi mereka. Syarikat-syarikat ini mempunyai sistem yang bagus dan boleh membantu menguruskan inventori dan pesanan syarikat “retail” dengan harga berpatutan tetapi ada kekangan-kekangan yang menyebabkan jenama fesyen tidak boleh menyerahkan tugas ini kepada mereka kerana pengurusan operasi bisnes fesyen berbeza dengan bisnes lain.
Bagaimana pengurusan bisnes fesyen berbeza dengan bisnes lain?
Fesyen bisnes di Malaysia kebanyakannya tidak menjahit produk sendiri. Samada jahitan pukal dibuat oleh tukang jahit pukal di malaysia ataupun dijahit di luar negara seperti China, Vietnam, Indonesia atau India.
Setiap produk fesyen biasanya akan ada banyak warna dan saiz. Contohnya 10 warna berbeza dan 8 saiz XS, S, M, L, XL, XXL, 3XL, 4XL. Kombinasi ini menghasilkan 80 SKU. Untuk jenama sederhana besar yang menghasilkan 500 helai bagi setiap keluaran produk, setiap SKU perlu ada sekurang-kurangnya 5 helai bagi setiap warna dan ada warna serta saiz tertentu yang mendapat lebih permintaan, perlu dihasilkan lebih banyak.
Produk siap akan dihantar ke kedai-kedai atau pejabat jenama fesyen. Stok ini akan digunakan untuk photoshoot dan konten, dihantar ke “influencers” atau “affiliates” untuk tujuan “product review,” dihantar ke kedai-kedai untuk jualan atau dihantar kepada pelanggan yang membuat pesanan secara “online”. Dengan hanya 5 helai bagi setiap produk, kuantiti adalah sangat terhad untuk pelbagai tujuan, ditambah lagi dengan banyaknya platform jualan seperti TikTok, Shopee, Website dan lain-lain.
Ini adalah antara sebab utama kenapa bisnes fesyen lebih memilih untuk menguruskan sendiri stok dan penghantaran produk kerana lebih fleksibel dan mudah. Menyerahkan stok mereka kepada “orang luar” akan lebih menyusahkan operasi mereka.
Servis unik FULFILA
Menyedari masalah-masalah jenama fesyen dan keunikan pengurusan bisnes fesyen ini menggerakkan kami untuk menubuhkan FULFILA. Walaupun kami tetap “orang luar” tetapi kami boleh “rasa” apa yang mereka “rasa”.
“Orang luar” yang mempunyai pengalaman sama dengan jenama fesyen sahaja yang tahu bagaimana keperluan fleksibiliti dalam mengendalikan produk dan aktiviti bisnes fesyen. Konten “Trending” berubah setiap masa, produk boleh tular dengan tidak semena-mena, perancangan berubah secara tiba-tiba.
“Orang luar” ini perlu jadi sebahagian daripada jenama fesyen ini. Servis yang diberikan perlu fleksibel, responsif dan intuitif. Ini adalah servis yang dijanjikan oleh FULFILA.
FULFILA adalah “orang luar” yang belajar dari pengalaman sendiri mengusahakan bisnes fesyen sejak tahun 2013 dan sedia untuk menjadi “rakan kongsi” jenama-jenama fesyen di Malaysia.
Selain menguruskan inventori dan memproses pesanan, FULFILA akan duduk semeja dengan jenama fesyen bagi menyusun dan melicinkan aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan keluar masuk stok.
FULFILA bersedia untuk membuat pemeriksaan kualiti kepada stok yang sampai daripada luar negara atau kilang jahit pukal. Pemeriksaan kualiti (QC) akan dibuat secara sistematik berdasarkan “QC checklist” dan kaedah persampelan berperingkat “QC sampling” bagi mengesan keperluan pemeriksaan dan sejauh mana pemeriksaan perlu dibuat. Laporan akan disediakan bagi melihat prestasi pembekal atau kilang jahit pukal untuk dijadikan rujukan di masa akan datang.
Selepas stok telah dipastikan kualitinya mengikut “Perfect Sample” yang dijadikan rujukan, stok boleh diagihkan untuk pelbagai tujuan berdasarkan perancangan yang telah dijadualkan bersama jenama fesyen. Kerja-kerja akan dijalankan dengan efisien dan status aktiviti akan dikemaskini secara “real-time”.
Perubahan-perubahan diminit-minit terakhir boleh dibincangkan kerana kami tahu perancangan bisnes fesyen sentiasa berubah mengikut keadaan “what’s work” and “what doesn’t work”.
Kuantiti stok kemudian perlu dikongsi dengan pelbagai platform menerusi sistem “OmniChannel” FULFILA bagi memaksimumkan jualan dan memastikan tiada lebihan pesanan berlaku.
Setelah pesanan diterima, proses “Pick and Pack” akan dijalankan. Pesanan yang diterima sebelum jam 12 tengahari akan diproses dan diserahkan kepada syarikat kurier pada hari yang sama. Ini bagi mencapai “Fast Dispatch Rate” (FDR) lebih 95% yang akan menyumbang kepada “Store Rating” yang lebih tinggi.
Proses “Pick & Pack” akan menggunakan kaedah & sistem yang dibangunkan oleh FULFILA sendiri bagi mencapai kepantasan maksimum dan “error rate” kurang daripada 0.2%. Proses ini akan memastikan pelanggan menerima produk yang dipesan dengan pantas dan sempurna.
FULFILA juga faham, ada sesetengah pelanggan yang ingin pesanan sampai pada hari yang sama pesanan dibuat dan ada juga yang ingin datang sendiri untuk mengambil pesanan di gudang. Servis “Same Day Delivery” dan “Self-Pickup” FULFILA adalah penyelesaian untuk pelanggan ini.
FULFILA juga tahu, kebanyakan jenama fesyen sudah mempunyai “warehouse” dan pasukan yang memproses pesanan sendiri. Mungkin timbul persoalan, Apa kami nak buat dengan “warehouse” kami?, “Team” kami nak letak mana?. Jangan risau, kami ada penyelesaian untuk itu.
FUFILA dengan 12 tahun pengalaman membangunkan sistem operasi bisnes fesyen bersedia untuk menjadi “rakan kongsi” bagi membantu bisnes fesyen berkembang, mengurangkan kos dan menambahkan pendapatan. Hubungi kami untuk kami lebih faham bagaimana kita boleh bekerjasama.