
Menguasai Operasi Jenama Fesyen dengan FULFILA
Masalah bisnes fesyen di Malaysia
“Beli baju raya harga RM500 tapi dah 3 minggu baju tak sampai-sampai”.
Setiap kali musim raya, kita pasti akan mendengar kritikan, kemarahan, keluhan malah penyesalan netizen dengan baju raya yang mereka pesan secara online. Harapan untuk bergaya dengan baju idaman di pagi raya hancur musnah tatkala baju yang dipesan tak kunjung tiba.
Pelbagai masalah berlaku — antaranya masalah kualiti, masalah terima saiz yang salah, masalah berminggu-minggu baju tak sampai, masalah design tak sama seperti yang diiklankan dan pelbagai lagi masalah yang dialami oleh pelanggan berkait dengan baju yang mereka beli daripada jenama fesyen ikutan mereka di media sosial.
Luahan yang tidak tertahan ini disembur di komen-komen media sosial jenama fesyen yang tidak berniat pun nak mengecewakan pelanggan-pelanggan mereka. Mereka berusaha sedaya upaya menghasilkan design yang terbaik dan konten yang menarik bagi memberi inspirasi kepada peminat-peminat mereka. Tetapi apabila tiba bab menguruskan stok dan penghantaran kepada pelanggan, keadaan menjadi huru-hara. Kenapa ini berlaku?