Rahsia Pantas dan Tepat Pengurusan Inventori & Pesanan untuk Jenama Fesyen

Waktu saya duduk asrama zaman belajar dulu, saya ada seorang kawan yang setiap kali exam, dia mesti score. Subjek yang dia score pula jenis subjek killer macam Matematik Tambahan, Fizik, dan Kimia. Apa yang buat saya lagi pelik, saya tak pernah nampak dia study. Serius, tak pernah nampak walaupun sekali!

Suatu hari, saya bertanya kepada kawan saya tu, apa rahsia dia boleh score A tanpa nampak macam study pun. Saya tahulah dia ni memang jenis otak genius, senang faham walaupun bab paling susah. Borak punya borak, ada satu ayat dia yang betul-betul memberi kesan kepada saya, dan saya masih ingat sampai sekarang.

"Cuba kau fikirkan penyelesaian untuk perkara yang lebih susah dari apa yang kita tengah belajar sekarang ni. Walaupun mungkin tak dapat jawapan, tapi dia buatkan subjek yang kita tengah belajar jadi lebih mudah untuk faham," katanya dengan penuh yakin. Pelik, kan? Macam saja cari pasal nak susahkan diri, fikir saya masa tu.

"Apa benda pula yang lagi susah dari Add Math ni?" saya tanya balik.

"Tak semestinya matematik. Kau boleh cuba fikir macam mana nak selesaikan masalah kebuluran di Afrika dengan kaedah logical thinking," jawabnya selamba.

"Masalah kebuluran di Afrika??" Okey, lepas tu saya dah tak tanya apa-apa dah. Orang genius ni memang kadang-kadang pelik sikit.

Kisah tu berlaku hampir 10 tahun sebelum saya mula bekerja. Sejujurnya, saya tak pernah pun cuba kaedah yang dia kongsikan tu. Sehinggalah satu hari, saya berdepan dengan satu masalah besar yang saya rasa macam tak boleh nak selesaikan masa awal-awal kerjaya saya sebagai seorang computer programmer. Biasalah, bila baru masuk kerja, ada sesetengah teknologi baru tu memang ambil masa sikit nak faham.

Tiba-tiba, saya teringat balik kata-kata kawan saya masa kat asrama dulu: "Cuba selesaikan masalah yang lebih susah daripada masalah yang sedang kau hadapi, dan masalah yang kau sedang hadapi akan jadi lebih senang nak diselesaikan."

Entah kenapa, saya rasa macam nak cuba. Dengan semangat yang baru datang, saya pun apply apa yang kawan saya beritahu tu. Saya ambil satu konsep teknologi yang jauh lebih kompleks dari apa yang saya tengah hadapi, saya kaji betul-betul, buat nota, cuba fahamkan sedalam mungkin. Alhamdulillah, kaedah dia tu memang menjadi! Selepas 'berlawan' dengan subjek yang lebih susah tu, masalah asal saya kat tempat kerja tadi tiba-tiba nampak lebih jelas. Saya boleh nampak macam mana nak pecahkan masalah besar tu jadi kecil-kecil, dan satu persatu masalah kecil tu dapat saya selesaikan. Akhirnya, masalah besar saya pun selesai!

Sejak dari hari tu, saya memang suka apply kaedah ni. Bukan saja untuk fahamkan perkara yang susah, tapi juga bila nak buat kerja atau aktiviti yang saya rasa macam berat atau tak yakin. Contohnya, saya pernah pening tak faham pasal TCP-IP communication, jadi saya paksa diri cuba fahamkan subjek Elektromagnetik yang lagi pening. Pernah juga saya takut nak buat presentation dekat client, jadi saya bayangkan, belajar, dan praktis seolah-olah saya tengah buat presentation untuk Ted Talk! Bila tak faham AI, saya cuba baca pasal Kuantum Fizik. Masa tak yakin nak mulakan bisnes, saya cuba bayangkan saya berada di tempat Tony Fernandes masa dia nak mulakan Air Asia. Macam-macam lagilah saya cuba kaitkan.

Kaedah yang sama inilah yang saya gunakan untuk bangkit semula dengan bisnes fesyen yang tengah huru-hara pada waktu tu. Walaupun motivasi dah hampir hilang nak teruskan bisnes, tapi saya kuatkan diri. Saya teringat prinsip kawan saya, dan saya cuba letakkan diri saya di tempat yang lebih mencabar lagi: saya bayangkan diri saya seperti Steve Jobs yang kembali ke Apple ketika syarikat itu hampir muflis disebabkan kegagalan produk. Saya kaji bagaimana dia menyusun semula Apple, terutamanya dari segi fokus dan operasi. Kalau nak bandingkan masalah dia dengan masalah saya, macam langit dengan bumi. Dari situ, saya dapat inspirasi dan semangat baru untuk melihat masalah bisnes saya dari perspektif yang berbeza dan mula menyusun kembali bahagian operasi kami, satu per satu, dengan fokus utama pada pengurusan inventori dan pesanan.

Prosesnya bukan mudah, makan masa dan banyak pengorbanan. Kami rombak cara kami uruskan stok, kami perkemaskan aliran kerja pemprosesan pesanan, dan kami latih semula pasukan kami. Hasilnya? Sedikit demi sedikit, kami berjaya mengubah keadaan. Dengan sistem dan proses yang baru, kami berjaya mencapai kadar ketepatan penghantaran sehingga 99.8%, memastikan pelanggan menerima apa yang mereka pesan dengan betul. Malah, sebanyak 97% pesanan dapat kami hantar dalam tempoh 24 jam sahaja. Kesilapan dalam pesanan – salah saiz, salah warna, salah hantar – yang dulu kerap berlaku dan buat pelanggan kecewa, kini berjaya kami kurangkan secara drastik. Pelanggan mula memuji servis kami, maklum balas positif semakin banyak, dan yang paling penting, tekanan pada pasukan kami pun semakin reda. Kami mula nampak 'cahaya di hujung terowong'.

Rahsia di sebalik transformasi inilah – kaedah, sistem, dan strategi yang kami bina dan pelajari dari pengalaman 'berperang' dengan masalah operasi sehingga kami berjaya mencapai tahap yang lebih baik – yang saya akan kongsikan secara terperinci dalam ebook ini.

Sebab saya tahu, kalau anda seorang pengasas jenama fesyen, anda mungkin sedang atau pernah melalui fasa 'huru-hara' yang sama. Rasa terbeban dengan operasi harian, risau stok tak tepat, pening fikir macam mana nak pastikan semua pesanan sampai on time – percayalah, saya faham sangat perasaan tu.

Ebook "Rahsia Pantas dan Tepat Pengurusan Inventori & Pesanan untuk Jenama Fesyen" ini saya tulis bukan sebagai teori, tapi sebagai perkongsian dari pengalaman sebenar. Kita akan 'pecahkan' masalah besar pengurusan operasi fesyen anda tu kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, lebih mudah difahami, dan lebih senang untuk diuruskan, sama macam saya buat dulu.

Dalam ebook ini, kita akan sama-sama:

  • Fahamkan betul-betul cabaran spesifik yang jenama anda hadapi bila uruskan semua sendiri (in-house).

  • Mengaplikasikan pelbagai formula QC untuk memastikan pelanggan mendapat produk yang sempurna.

  • Bina tapak yang kukuh untuk pengurusan inventori yang lebih tepat – supaya kuranglah pening kepala bila stok tak sama dengan rekod.

  • Susun atur semula proses urus pesanan anda supaya lebih cekap dan pantas – barulah pelanggan pun happy!

  • Kenal pasti teknologi dan tools yang ada, yang boleh jadi 'pembantu' untuk operasi in-house anda jadi lebih lancar.

  • Pilihan operasi untuk bisnes fesyen dengan skala yang lebih besar bagi yang tak mahu pening kepala

Kita akan lihat cara nak bina sistem yang efektif, terutamanya di peringkat awal pertumbuhan bisnes anda. Tapi, saya juga akan berterus-terang dengan anda – ada hadnya bila kita buat semua sendiri ni, lagi-lagi bila bisnes dah makin besar. Saya akan bantu anda kenal pasti tanda-tanda bila masanya untuk kita fikirkan pendekatan yang lebih strategik dan boleh jimatkan wang, masa dan tenaga anda untuk jangka masa panjang.

Jadi, macam mana saya dulu ambil inspirasi dari cabaran yang lebih besar untuk selesaikan masalah saya, kita pun boleh guna pendekatan yang sama untuk 'takluki' cabaran operasi bisnes fesyen kita ni. Dengan memahami setiap komponennya dan menyusunnya dengan lebih baik, apa yang nampak rumit boleh jadi lebih terurus.

Dah bersedia nak jadikan operasi anda tu sesuatu yang lebih mudah diurus? Tarik nafas dalam-dalam dan jom kita mulakan perjalanan dengan panduan ringkas tapi lengkap dalam Ebook “Rahsia Pantas dan Tepat Pengurusan Inventori & Pesanan untuk Jenama Fesyen” secara PERCUMA!

Dapatkan Ebook “Rahsia Pantas dan Tepat Pengurusan Inventori & Pesanan untuk Jenama Fesyen” PERCUMA selepas menjawab survei dengan klik di SINI

Next
Next

Menguasai Operasi Jenama Fesyen dengan FULFILA